21 May 2009

Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah yang di mana semasa penurunanya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaanya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullullah s.a.w dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuknya setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyAllah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T

Mengikut keterangan dari kitab 'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membaca ayat Kursi setiap hari sebanyakk 18 kali maka akan dibukakan dadana dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacan ayat kursi sebanyak 50kali lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, InsyAllah Allah akan mencerdaskan akal fikiranya serta memudahkanya menerima ilmu pengetahuan.

Fadhilat Aya Al-Kursi mengikut hadith-hadith Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud

''sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya''

''umatku yang membaca ayat Kursi 12kali pada pagi jumaat kemudian berwudhu dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar''

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharai Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta pelindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat kursi juga sengan izin Allah akan terhindar daripada pencerobohan. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mnegamalkan bacaan ayat kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan. Ayar kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

0 comments: