Apam Ice Cream
credit to ''dari dapur siti''
Bahan-bahan
Bahan A:
250gm gula kastor ( Boleh dikurangkan sedikit utk kurangkan manis)
1 sudu besar ovallet
3 biji telur
Bahan B:
300gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
Bahan C:
200ml air ice-cream soda
Pewarna Jingga.. atau apa2 warna yg anda suka
*CT tambahkan 1 sudu kecil orange paste utk menerbitkan sedikit rasa
Cara-cara:
1. Pukul Bahan A sehingga kembang dan pekat. (5 minit dengan mixer hi-speed)
2. Ayak Bahan B ke dalam adunan telur tadi dan kaup-balikkan sehingga rata.
3. Akhir sekali, masukkan air ice-cream soda dan kacau sebati.4. Ambil sebahagian adunan dan warnakan dengan warna jingga. (CT perisakan dengan orange paste).
5. Sudukan adunan asal ke dalam papercup dan bubuh sedikit adunan jingga.6. Kukus selama 10min - 15min. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.
0 comments:
Post a Comment